PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

Wednesday, February 4, 2009

Tahniah Erdogan! Kerana Sambung Kerja Muntadar


APA yang berlaku sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzeland semalam dimana Perdana Menteri Turki, Tayyip Recep Erdogan meninggalkan sidang forum itu kerana berang dengan sikap Presiden Israel, Shimon Peres dan pengenalian berat sebelah sidang itu sekurang-kurang mampu mengubatkan sakit hati umat Islam seluruh dunia atas kedurjanaan Israel yang menyerang Gaza selam lebih tiga minggu lalu.

SWITZERLAND WORLD ECONOMIC FORUM

Erdogan bertindak meninggalkan sidang berkenaan apabila beliau tidak diberikan masa secukup dan dilayan tidak adil oleh pengerusi forum, David Ignatius, penulis Washitong Post. Jelas masa untuk Erdogan membalas hujah Peres tidak sampai separuh daripada masa diperuntukan kepada presiden Israel itu.

Bagaimana dalam kesempatan itu Erdogan sempat melemparkan peluru kerasnya kepada Peres dengan mengatakan Israel membunuh rakyat Palestin sebagai membalas penafian Peres yang menegakkan benang basah Israel tidak berbuat begitu.

Tahniah dan syabas kepad Erdogan kerana sikap tegas dan berani itu. Mungkin dunia barat yang bersekutu baik nyata atau tersembunyi dengan tindakan Israel mengganyang Gaza itu akan menuduh Erdogan tidak gentleman dan kurang beradab kerana meninggalkan sidang yang sedang berlangsung.

Biarlah Erdogan mereka nak tuduh apa pun, yang penting apa yang dikau lalukan itu menyeronok dan menggembirakan hati umat Islam. Terasa padan sekali Peres ditempelak sedemikian rupa. Manusia yang kurang ajar dan biadap patut diajar secara kurang ajar dan biadap juga.
Erdogan dalam bercakap mengenai isu serangan Israel ke atas Gaza menegaskan Israel membunuh rakyat Palaestin.

Apa yang Erdogan lalukan satu pembelaan ke atas kedurjanaan Israel ke atas Palestin secara terbuka dan paling berani setakat ini. Serangan Erdogan itu dikira tepat dalam sidang berkenaan yang disalurkan ke seluruh dunia. Shimon Peres yang berada kirinya dengannya juga terkulat dan malu.

Sudah padan muka Press dengan tempelakkan itu. Selaku Presiden Israel kehadiran Peres itu boleh dianggap kehadiran seluruh penjahat dan pembunuh Israel dan juga para pembunuh dari regim zionis.

Keberanian Erdogan itu lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Mungkin sebelum menghadiri forum tersebut bila bercakap mengenai isu kejahatan Israel Erdogan sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Beliau juga sudah dapat mengagak sidang itu akan berat sebelah dan bias kepada regim Israel. Namun kenapa beliau memberanikan diri untuk hadir juga kerana Erdogan ingin melontarkan kasut ke muka Shimon Peres sebagai menyambung apa yang dilakukan Muntadar al-Zehdi yang melontar kasut ke muka Gegorge W Bush.

Seperti mana kejadian yang dilakukan Muntadar itu dikenang dan menjadi sejarah yang memalukan Bush di sepanjang hayatnya, maka begitulah juga serangan langsung Erdogan ke atas Peres itu akan menjadi sejarah dan satu peristiwa yang cukup memalukan Press.

Wednesday, January 28, 2009

Lembu Oh Lembu......

Apa yang anda simpulkan dari gambar diatas : Adakah ......

1. Pembuat dan pemasang iklan yg bodoh macam lembu memberitahu mesej secara direct kepada lembu-lembu supaya jangan masuk kawasannya.

2. Lembu -lembu akan faham dengan arahan tersebut dan tidak akan memasuki sama sekali tempat tersebut.




Sempena Dengan Tahun Baru Cine 2009,Tahun Lembu bagi masyarakat Orang Cina melambangkan kerajinan dan kesetiaan. Tahun Lembu bagi orang Melayu ialah malas buat kerja- malas macam lembu walaupun lembu adalah binatang yang paling banyak berjasa kepada Tamadun Manusia.Sebelum ada jentolak, lembu digunakan di sawah padi. Susu lembu, kulit lembu, daging lembu, hati lembu, tulang lembu, tanduk lembu..semua itu sumbangan lembu pada manusia.

Terdapat juga politician yg lembu
yang 'meng-lembu-kan' rakyat Malaysia dengan janji-janji rumput yang segar dengan pembangunan yg pesat sebagai modal kempen tiap kali adanya pilihanraya.
Najib sekarang lebih suka mengikut jejak lembik Pak Lah macam Lembu-sama ada suka tidur lebih, makan banyak, makan sambil termenung...kerana tidak mahu sejarah silam berulang seperti Anwar Ibrahim yang akan dibuang dari kandang dan disembelih seperti lembu kerana melawan bossnye bernama Tuan Chedet.



Sama-samalah kita fahami kata-kata berikut : "KITA AKAN KELIHATAN PANDAI WALAUPUN KITA SEBENARNYA BODOH JIKA KITA DIPIMPIN OLEH ORANG YANG PANDAI. BEGITU JUGA KITA AKAN KELIHATAN BODOH WALAUPUN KITA SEBENARNYA PANDAI JIKA KITA DIPIMPIN ORANG YANG BODOH"

Tuesday, January 27, 2009

BERUBAH SEBELUM DIUBAH...

Cerita 'kalah' dan 'menang' di Kuala Terengganu terus menjadi bualan di mana-mana.Dari rakyat jelata hinggalah kepada pemimpin 'besar-besar' Umno dan seluruh 'tuan-tuan politik' terus memperkatakan tentang isu tersebut. Tun Dr Mahathir juga memberi ulasan yang hampir sama, bahawa Umno perlu berubah jika mahu terus menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Para blogger lain juga memperkatakan perkara yang sama, umno perlu berubah. Sebenarnya, apa yang perlu 'berubah' dan 'diubah' pada batang tubuh Umno itu. Tidak ramai yang tampil memperkatakan 'apa' yang perlu diubah dan 'siapa' yang perlu berubah.

Perkataan berubah menjadi ‘popular’ selepas PRU12. Tambah popular bila Umno (BN) terkena pukulan K.O di Permatang Pauh dan semakin bertambah populariti ‘berubah’ ini bila lagi sekali Umno (BN) kalah di Kuala Terengganu. Sudah tentu perkataan ‘berubah’ itu ditujukan khas untuk UMNO. Rata-rata ahli bawahan UMNO mahu Umno berubah. Sekali lagi kita keliru apa yang perlu berubah pada batang tubuh Umno itu.

‘Berubah’ kepimpinan atau ‘berubah’ pendekatan atau kita mahu ‘berubah’ dari Umno kepada Keadilan. Seperti yang pernah cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri sebelum dihumban keluar oleh UMNO 10 tahun lalu.Yang menuntut UMNO berubah jelas lebih dari ahli Umno itu sendiri. Rata-rata ahli Umno mahu Umno berubah. Mereka bercakap di mana-mana, di Coffee Bean The Mall, di Riverside,di kedai kopi kampung-kampung di majlis perjumpaan dengan calon dan di mana-mana sahaja orang Umno berjumpa, mereka mahukan Umno berubah.

Orang yang bercakap tentang Umno perlu ‘berubah’ lebih popular dari ahli yang bercakap tentang ‘keburukan’ pembangkang dan Pakatan Rakyat. Begitu juga bila ada pemimpin ‘yang agak tinggi’ Umno bercakap tentang Umno perlu berubah, dia lebih diminati. Pencalonan pun jadi lebih tinggi. Menjadi hebat di mata ahli. Kononnya champion di hati ahli.

Kekurangan dan kelemahan pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak dipertikai ahli. Dia ‘elok’ dari segala segi. Dia ‘tak senyum’ pada ahli pun tidak dipeduli kerana dia membawa perubahan bahawa Umno perlu berubah. Pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak lebih dari sekadar mencari populariti untuk menang dalam pertandingan sedangkan dia juga sedang berjawatan yang membolehkan Umno itu berubah.

Apakah benar, gerakan mahukan Umno berubah itu datangnya dari akar umbi atau ahli Umno terperangkap dengan permainan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat. Kalau sebelum dan selepas PRU12 , hampir seluruh ahli Umno ‘membenci’ Perdana Menteri (Pak Lah).
Pak Lah dilabel berbagai. Segala kekurangan dan keburukan beliau dijaja diserata daerah dan Negara. Dari gambar ‘kuat tido’ hingga ke gambar ‘bermesra’ dengan wanita cantik menjadi jajaan masyarakat terutama Pakatan Blogger.

Ketika itu ahli Umno ‘satu kepala’ dengan Pakatan Rakyat mahukan Pak Lah berundur. Kekalahan hampir teruk dalam PRU12 disalahkan ke bahu Pak Lah. Pak Lah dan ‘kroninya’ mahu disingkir begitu sahaja. Serangan pembangkang terhadap Pak Lah di ‘realisasikan’ oleh ahli Umno bilamana Umno menolak pencalonan Pak Lah dalam pemilihan Mac nanti.

Bila selesai pencalonan bahagian-bahagian dan ternyata Pak Lah akan 'pencen awal' pada Mac ini, serangan buruk terhadap Pak Lah terus terhenti. Pakatan Rakyat tidak lagi berselera untuk menyerang Pak Lah. PRK Kuala Terengganu menjadi saksi dan bukti Pak Lah tidak lagi dicaci dan diherdik.

Ahli Umno juga begitu. Mereka tidak lagi marahkan Pak Lah. Pak Lah tidak lagi disuruh untuk berubah. Kerana mereka tahu nawaitu mereka untuk Pak Lah berundur hampir tercapai. Sebaliknya pembangkang mula menyerang Najib. Setakat ini belum nampak jelas lagi ahli Umno terikut dengan rentak pembangkang menyerang Najib.
Tidakkah lebih mudah ‘meruntuhkan’ Umno dari dalam berbanding menunggu empat tahun lagi untuk Pakatan Rakyat ‘mengubah’ Umno.
Persoalannya sempatkah UMNO berubah?

BILA Umno akan berubah. Selesai sahaja pilihan raya umum ke 12 (PRU12) lalu bila BN kehilangan lima negeri serta ' KL' dan tidak berjaya membentuk dua pertiga di Parlimen, rata-rata seluruh negara bercakap tentang Umno perlu berubah. Tidak lama selepas itu Umno melakukan 'retreat' secara besar-besarkan untuk mengkaji dan muhasabah diri untuk berubah. Hingga sekarang senyap dan sepi. Bila Umno akan berubah lagi.

Baru hendak berubah, Umno sibuk dengan pemilihan peringkat bahagian. Tangguh lagi untuk berubah. Mungkin dah mula nak berubah, datang pula pilihan raya kecil Permatang Pauh, tangguh lagi hendak berubah.
Selepas kalah di Permatang Pauh, Umno sibuk buat 'post-montem'. Tertangguh lagi hendak berubah.
Baru bercadang hendak berubah semula, datang pula pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tak jadi lagi hendak berubah.
Selesai pemilihan bahagian, Pak Lah pulak hendak berundur bulan Mac nanti. Mungkin selepas Mac nanti baru Umno akan berubah.

Apakah mungkin bila selesai Mac,masa pulak perlu diberi kepada Najib untuk melakukan perubahan. Kata orang, 'bagilah sekurang-kurangnya setahun kepada Najib untuk 'menstabilkan' parti dan untuk melakukan perubahan.
Dari tempoh selepas PRU12 hingga Dato Najib jadi Perdana Menteri Mac 09 nanti dah setahun. Kalau diberi tempoh setahun lagi kepada Najib dan jadi dua tahun. Secara logik, pilihan raya umum Ke13 perlu diadakan pada atau sebelum 2012. Tinggal lagi tiga tahun untuk Umno berubah sebelum PRU13.

Dalam tempoh tiga tahun itu belum sempat Umno berubah Umno akan diseret lagi untuk 'delay' perubahan melalui pilihan raya kecil yang dirancang dan terancang. Anwar Ibrahim tidak akan membiarkan Umno selesa untuk berubah. Kalau Umno berubah maka 'susah' lah bagi Pakatan Rakyat untuk mengambilalih negara ini, sempatkah Umno untuk berubah atau Umno memang akan berubah selepas sahaja selesai pilihan raya umum ke 13.
Fikiran anak muda menjadi penentu.

Selepas frust menonggeng dalam PRU12, Umno nampaknya cuba bangkit semula. Hari ini mana-mana bahagian Umno antara stategi yang diperkatakan oleh Ketua-ketua mereka adalah untuk mendekati golongan muda dan tambah ahli parti termasuklah menambah cawangan parti. Dengan tambah ahli dan menambah cawangan Umno akan kembali kuat dan perkasa.
Tidak salah stategi itu. Tambah cawangan bermakna bertambahlah ahli. Ahli yg bertambah sudah tentu menambah kekuatan. Tetapi Umno perlu sedar setelah 61 tahun usia Umno ahlinya tidak lebih dari tiga juta orang. Berapa peratus kalau mahu dibanding dengan jumlah rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Sebelum PRU 12, Umno melalui rakan kongsinya BN Berjaya cemerlang dalam setiap kali pilihan raya umum. Hampir semua kerusi yang dipertandingkan Umno menang gemilang. Tidak kah pemimpin Umno sedar bahawa kemenangan itu bukan kerana undi ahli Umno sahaja. Sebaliknya undi rakyat yang tidak menjadi ahli mana-mana parti. Masakan itupun sukar difahami oleh pemikir-pemikir Umno dan kumpulan-kumpulan ‘think-tank’ Umno.

Hari ini selepas PRU 12, selepas Permatang Pauh dan selepas Kuala Terengganu, Umno terus kekal dengan nada yang sama untuk menambah ahli dan menambah cawangan. Sedangkan Pakatan Rakyat yang bergabung membentuk pembangkang di Negara ini seperti Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP tidaklah ada bahagian partinya disetiap bahagian parlimen seperti Umno.
PKR umpamanya, ahlinya tidak lah seberapa, tetapi pemimpinnya ramai. Ramai dan lantang. Malah disetengah bahagian parlimen PKR langsung tidak ada bahagian partinya apatah lagi cawangan atau rantingnya yang membentuk cawangan seperti Umno. Tetapi menang dan mendapat sokongan dari pengundi berdasarkan keputusan PRU 12.

Namun, seperkara yang Umno lupa dan terlepas pandang tentang kewujudan ‘bahagian-bahagian’ dan ‘cawangan-cawangan’ PKR di dalam internet atas nama blog dan sebagainya bagaikan cendawan di musim hujan. Pembangkang berlumba-lumba menubuh blog sebagai ganti cawangan sedangkan Umno berundur ke belakang dari segi blog.

Ada pemimpin Umno kata orang yang menjadi blogger ini sebagai ‘goblok’, suri rumah yang tidak ada kerja dan sebagainya. Tetapi mereka juga mengakui bahawa kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12 adalah sumbangan terbesar penulis blog yang rata-rata adalah dimiliki dan memiliki simpati kepada pembangkang.
Akhirnya, pemimpin Umno berlumba-lumba tubuh cawangan dan tambah ahli pembangkang berlumba-lumba tubuh blog dan telah berjaya mempengaruhi pemikiran generasi muda macam aku.

Hanya IKAN BILIS....




UMNO dan Politik Wang ( bahase mudahnyer RASUAH )...
Insiden penangkapan beberapa ahli UMNO oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia - MACC bersabit dengan rasuah politik memberikan beberapa gambaran yang tidak sehat kepada UMNO dan agensi anti rasuah itu sendiri.

Pertama, kalau hendak ditonjolkan bahawa UMNO begitu serius hendak menangani isu politik wang (rasuah politik) dalam UMNO, penangkapan tersebut hanya melibatkan beberapa ahli UMNO cawangan. Jawatan yang tertinggi yang didakwa terlibat hanyalah seorang Ahli Majlis Tertinggi dan seorang Naib Ketua Bahagian. Dimata masyarakat, ianya masih bertaraf `ikan bilis'. Ahli Majlis Tertinggi itu hanya seorang bekas Setiausaha Politik. Ianya melibatkan wang sejumlah RM200 ke RM500 sahaja...alahai..

Bagi kebanyakan orang, insiden penangkapan tersebut tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa UMNO serius dalam usaha untuk menangani masalah politik wang. MACC juga akan dilihat tidak begitu komited dan serius untuk benar benar berkemampuan menangani masalah rasuah politik dinegara ini. Majoriti rakyat akan hanya menganggap bahawa tindakan tersebut hanyalah melepas batuk ditangga. Tindakan window dressing sahaja. Masih dianggap terlalu kecil bagi sebuah agensi yang bertaraf Suruhanjaya. Amat sukar untuk diyakinkan bahawa hanya setakat itu yang termampu dilakukan oleh MACC untuk mengibarkan bendera MACC sebagai badan anti rasuah yang berwibawa...

UMNO pula akan dilihat sebagai sebuah organisasi besar yang sudah tidak mampu lagi menangani masalahnya sendiri. Mekanisma pengurusan dan pentadbiran UMNO dilihat sudah tidak mampu untuk menangani masalah politik wang didalam parti itu sendiri. MACC terpaksa dipanggil untuk membantu untuk `membetulkan' UMNO. Niat dan hasratnya mungkin baik, namun implikasi dan konsikuennya amat tidak sehat bagi UMNO. UMNO has lost its control and credibility in managing its own party and its members.Cis MrHalu cakap inggeris pulak.

Dari apa yang dilihat dan didengar..apa yang terjadi sebenarnya telah menimbulkan lebih banyak soalan yang sukar dijawab bagi MACC dan UMNO itu sendiri. Adakah UMNO benar benar serius dalam menangani masalah politik wang dan MACC sebagai sebuah agensi yang seharusnya digeruni dan dihormati..setakat itukah sahaja kemampuan mereka dalam usaha untuk menangani masalah rasuah didalam negara ini..

Ini juga membayangkan bukan standard Suruhanjaya setakat nak cekup seorang ahli Majlis Tertinggi yang hanya Naib Ketua Bahagian. Standard Suruhanjaya sepatutnya cekup bapak-bapak jerung. Kalau setakat ikan bilis, tak payahlah naik taraf Suruhanjaya. BPR dulu pun cekup ikan bilis saja...fikir-fikirlah

Bila Kain Terselak ....

MUHASABAH KUALA TERENGGANU

1. Saya tersenyum mendengar cerita kawan yang bermastautin 30 hari di KT untuk menjayakan proses demokrasi di Malaysia. Dia ni peminat pilihanraya kecil. Kalau ada PRK tentunya dia akan bawa tikar bantal ke tempat pilihanraya tu. Dok di surau atau masjid dah jadi resepi dia dalam PRK.

2. Situasi 1 – A adalah Ketua Bahagian yang menang tanpa bertanding, seorang Timbalan Menteri, seorang Senator. Dia seorang yang bersih, tak ada skandal sex, tak de skandal gay, tak de skandal rasuah, tak de salah guna kuasa. Dia ni boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Ibunya ustazah, bapanya D.O. Anak Datuk. Kalau ada PRK macam di KT adakah si A akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

3. Situasi 2 - B pula bekas wakil rakyat (ADUN) dan bekas Ketua Bahagian. Sekarang si B adalah seorang Senator dan Bendahari negeri. Dia pun teringin gak nak jadi Timbalan Menteri. Al maklumlah ada 2 kerusi Timbalan Menteri dah pun kosong. Kalau ada PRK macam di KT adakah si B akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

4. Situasi 3 – C pula bekas ketua pemuda Bahagian, bekas Ketua Pemuda Negeri, bekas Exco Pemuda Pusat, sekarang pulak jadi Ketua Penerangan Negeri. C tak de cita-cita lain, cuma dia geram kerana cubaan nya nak bertanding ketua Bahagian tak kesampaian. Pencalonan tak cukup. Sebab kena sekat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si C akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

5. Situasi 4 - D pula ketua Puteri Bahagian, Ketua Puteri Negeri, bekas Senator, bekas calon DUN tapi kalah. Calon Naib Ketua Puteri Pusat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si D akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

6. Situasi 5 - E pula bukan orang politik, dia pegawai tinggi kerajaan. Dia rapat dengan rakyat kerana dia ‘ahli yang berkhidmat’ selaku sekutu rapat kepada yang berhormat yang terpaksa bermastautin di Kuala Lumpur kerana tugas. Kalau ada PRK macam di KT adakah si E akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

7. Ini lah realiti di KT. Tentunya amat mustahil mana-mana calon BN boleh menang. Rumahtangga tengah kucar-kacir beb, tak mungkin rezeki akan masuk rumah. Memang free-free Pas menang. Letak A atau B atau C atau D atau E ke, tentu kalah. Kesemua mereka ni bukan kecil anak, mereka adalah pemimpin yang punya potensi yang sangat besar, network mereka atas dan bawah.

8. Yang UMNO tak ada diperingkat pimpinan bahagian dan cawangan adalah unity. Unity atau perpaduan adalah perkara nombor wahid untuk menang dalam peperangan. Kalau unity tak ada, membazirlah, umpama tuang RM atas daun keladi lah. Duit segunung pun boleh jadi lembah.

9. Selain Unity, yang keduanya adalah mengenai tanggungjawab dalam kepimpinan. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah Taqlif dan bukannya Tasrif. Kepimpinan itu adalah pertanggungjawaban dan bukannya barang kemewahan. Pemimpin UMNO berlagak sungguh, khalayak tengok sangat memualkan.

10. Perkara ketiga adalah tentang demokrasi dalam UMNO. Ramai pemimpin kita kabur tentang demokrasi lantaran akhirnya tidak terdaya menerima hakikat kekalahan. Jauh sekali untuk punyai semangat ‘biduk berlalu kiambang bertaut’. Yang menang pulak terus sombong dan bermewah-mewahan. Yang terlaksana adalah, semangat ‘siapa menang dapat semua, siapa kalah hilang semua’.

11. Kalau gini lah gayanya, jika ada 1000 PRK, BN akan kalah dalam 1000 PRK. Mungkinkah Trengganu akan jadi macam Kelantan pada PRU 13 nanti?. Tak mustahil, jikalau kemelut kepimpinan ini terus menghantui UMNO Terengganu. DS Najib, jangan cakap je; BUAT, LAKUKAN TRANFORMASI DALAM UMNO.

Pengajaran Bagi UMNO setelah PRU K.Terengganu ,secara ringkas sbg :

1. Pembangunan – so jangan guna lagi politik pembangunan, waktu ada PRK baru tulah jalan nak tar.

2. Pemimpin yang sombong – cikgu sekolah pun tak aper, asalkan tak sombong. Jangan jengok khalayak waktu nak undi saja.

3. Jentera yang banyak – orang meluat tengok jentera yang datang berduyun-duyun.

4. Di hayak kehulu dan kehilir waktu berkempen – jangan paksa khalayak datang untuk mendengar ucapan Pak Menteri.

5. Cari penceramah yang berkesan - Jangan bagi ucapan dengan teks yang telah disediakan. Bosan lah tengok Pak Menteri baca teks.

6. Jadi lah pejuang rakyat ketika berkempen– khalayak nak tengok pendekar, bukan pondan tua.

7. Khalayak nak calon yang bersih, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa - ini serius, jangan main-main.

Palestine Solidarity Night - Anwar Ibrahim

Sunday, January 25, 2009

Gong Xi Fa Chai to my Chinese friends

Gong Xi Fa Chai to my Chinese friends. Today will be last working day for most of us. Ramai yang cuti panjang. Ada yang sampai 1 minggu.

So, aku nak wish selamat bercuti kepada semua orang...

To Chinese friends...


Bersempena kegawatan ekonomi maka dgn ini jumlah limau yang sampai ke opis telah berkurangan berbeza dgn tahun-tahun sebelumnyer . Hamper lagi la xder . Hampeh tul!