PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

Monday, January 19, 2009

APA KATA MEREKA?





"Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan dan mencerminkan mood politik negara "
- DS Anwar Ibrahim.

"Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun, akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika ia terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup. Kekalahan BN dianggap sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi . "
-mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

"Pilihan raya Kuala Terengganu menjadi simbol dapat merapatkan lagi hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Biar pun pihak lawan dengan bantuan media cuba memburukkan imej PAS dan DAP namun ia nampaknya tidak menjadi kenyataan. Malah hubungan silaturahim Pakatan Rakyat kini semakin erat"
- Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua

"Kejayaan itu membuktikan rakyat Kuala Terengganu kini semakin menerima pimpinan Islam di bawah PAS.
Rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku sekarang dan mereka mengharap perubahan selepas bakal diketengahkan Pakatan Rakyat melalui PAS. Ini juga membuktikan semangat Permatang Pauh dan Mac 2008 masih kekal dan menjadi harapan besar kepada rakyat untuk melihat perubahan politik berlaku di negara ini,"- Tim. Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia,"
-veteran DAP Lim Kit Siang.

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat,Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya. Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat.
Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang .
Saya tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepada saya untuk mengambil alih pemerintahan dari perdana menteri sekarang"
-TPM NAJIB

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin.Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa,"
-Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Terima kasih kepada pengundi Cina di Kuala Terengganu yang kekal menyokong MCA dalam pilihanraya kecil hari ini. Walaupun keputusan pilihanraya kecil hari ini tidak memihak kepada BN, tetapi beliau tetap berterima kasih kepada pengundi Cina yang kekal bersama MCA "dalam waktu yang sukar ini"
-Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat.


“Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti. Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang"- Tim. Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaludin

0 comments:

Post a Comment