Para blogger lain juga memperkatakan perkara yang sama, umno perlu berubah. Sebenarnya, apa yang perlu 'berubah' dan 'diubah' pada batang tubuh Umno itu. Tidak ramai yang tampil memperkatakan 'apa' yang perlu diubah dan 'siapa' yang perlu berubah.
Perkataan berubah menjadi ‘popular’ selepas PRU12. Tambah popular bila Umno (BN) terkena pukulan K.O di Permatang Pauh dan semakin bertambah populariti ‘berubah’ ini bila lagi sekali Umno (BN) kalah di Kuala Terengganu. Sudah tentu perkataan ‘berubah’ itu ditujukan khas untuk UMNO. Rata-rata ahli bawahan UMNO mahu Umno berubah. Sekali lagi kita keliru apa yang perlu berubah pada batang tubuh Umno itu.
‘Berubah’ kepimpinan atau ‘berubah’ pendekatan atau kita mahu ‘berubah’ dari Umno kepada Keadilan. Seperti yang pernah cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri sebelum dihumban keluar oleh UMNO 10 tahun lalu.Yang menuntut UMNO berubah jelas lebih dari ahli Umno itu sendiri. Rata-rata ahli Umno mahu Umno berubah. Mereka bercakap di mana-mana, di Coffee Bean The Mall, di Riverside,di kedai kopi kampung-kampung di majlis perjumpaan dengan calon dan di mana-mana sahaja orang Umno berjumpa, mereka mahukan Umno berubah.
Orang yang bercakap tentang Umno perlu ‘berubah’ lebih popular dari ahli yang bercakap tentang ‘keburukan’ pembangkang dan Pakatan Rakyat. Begitu juga bila ada pemimpin ‘yang agak tinggi’ Umno bercakap tentang Umno perlu berubah, dia lebih diminati. Pencalonan pun jadi lebih tinggi. Menjadi hebat di mata ahli. Kononnya champion di hati ahli.
Kekurangan dan kelemahan pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak dipertikai ahli. Dia ‘elok’ dari segala segi. Dia ‘tak senyum’ pada ahli pun tidak dipeduli kerana dia membawa perubahan bahawa Umno perlu berubah. Pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak lebih dari sekadar mencari populariti untuk menang dalam pertandingan sedangkan dia juga sedang berjawatan yang membolehkan Umno itu berubah.
Apakah benar, gerakan mahukan Umno berubah itu datangnya dari akar umbi atau ahli Umno terperangkap dengan permainan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat. Kalau sebelum dan selepas PRU12 , hampir seluruh ahli Umno ‘membenci’ Perdana Menteri (Pak Lah).
Pak Lah dilabel berbagai. Segala kekurangan dan keburukan beliau dijaja diserata daerah dan Negara. Dari gambar ‘kuat tido’ hingga ke gambar ‘bermesra’ dengan wanita cantik menjadi jajaan masyarakat terutama Pakatan Blogger.
Ketika itu ahli Umno ‘satu kepala’ dengan Pakatan Rakyat mahukan Pak Lah berundur. Kekalahan hampir teruk dalam PRU12 disalahkan ke bahu Pak Lah. Pak Lah dan ‘kroninya’ mahu disingkir begitu sahaja. Serangan pembangkang terhadap Pak Lah di ‘realisasikan’ oleh ahli Umno bilamana Umno menolak pencalonan Pak Lah dalam pemilihan Mac nanti.
Bila selesai pencalonan bahagian-bahagian dan ternyata Pak Lah akan 'pencen awal' pada Mac ini, serangan buruk terhadap Pak Lah terus terhenti. Pakatan Rakyat tidak lagi berselera untuk menyerang Pak Lah. PRK Kuala Terengganu menjadi saksi dan bukti Pak Lah tidak lagi dicaci dan diherdik.
Ahli Umno juga begitu. Mereka tidak lagi marahkan Pak Lah. Pak Lah tidak lagi disuruh untuk berubah. Kerana mereka tahu nawaitu mereka untuk Pak Lah berundur hampir tercapai. Sebaliknya pembangkang mula menyerang Najib. Setakat ini belum nampak jelas lagi ahli Umno terikut dengan rentak pembangkang menyerang Najib.
Tidakkah lebih mudah ‘meruntuhkan’ Umno dari dalam berbanding menunggu empat tahun lagi untuk Pakatan Rakyat ‘mengubah’ Umno.
Persoalannya sempatkah UMNO berubah?
BILA Umno akan berubah. Selesai sahaja pilihan raya umum ke 12 (PRU12) lalu bila BN kehilangan lima negeri serta ' KL' dan tidak berjaya membentuk dua pertiga di Parlimen, rata-rata seluruh negara bercakap tentang Umno perlu berubah. Tidak lama selepas itu Umno melakukan 'retreat' secara besar-besarkan untuk mengkaji dan muhasabah diri untuk berubah. Hingga sekarang senyap dan sepi. Bila Umno akan berubah lagi.
Persoalannya sempatkah UMNO berubah?
BILA Umno akan berubah. Selesai sahaja pilihan raya umum ke 12 (PRU12) lalu bila BN kehilangan lima negeri serta ' KL' dan tidak berjaya membentuk dua pertiga di Parlimen, rata-rata seluruh negara bercakap tentang Umno perlu berubah. Tidak lama selepas itu Umno melakukan 'retreat' secara besar-besarkan untuk mengkaji dan muhasabah diri untuk berubah. Hingga sekarang senyap dan sepi. Bila Umno akan berubah lagi.
Baru hendak berubah, Umno sibuk dengan pemilihan peringkat bahagian. Tangguh lagi untuk berubah. Mungkin dah mula nak berubah, datang pula pilihan raya kecil Permatang Pauh, tangguh lagi hendak berubah.
Selepas kalah di Permatang Pauh, Umno sibuk buat 'post-montem'. Tertangguh lagi hendak berubah.
Baru bercadang hendak berubah semula, datang pula pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tak jadi lagi hendak berubah.
Selesai pemilihan bahagian, Pak Lah pulak hendak berundur bulan Mac nanti. Mungkin selepas Mac nanti baru Umno akan berubah.
Apakah mungkin bila selesai Mac,masa pulak perlu diberi kepada Najib untuk melakukan perubahan. Kata orang, 'bagilah sekurang-kurangnya setahun kepada Najib untuk 'menstabilkan' parti dan untuk melakukan perubahan.
Dari tempoh selepas PRU12 hingga Dato Najib jadi Perdana Menteri Mac 09 nanti dah setahun. Kalau diberi tempoh setahun lagi kepada Najib dan jadi dua tahun. Secara logik, pilihan raya umum Ke13 perlu diadakan pada atau sebelum 2012. Tinggal lagi tiga tahun untuk Umno berubah sebelum PRU13.
Dalam tempoh tiga tahun itu belum sempat Umno berubah Umno akan diseret lagi untuk 'delay' perubahan melalui pilihan raya kecil yang dirancang dan terancang. Anwar Ibrahim tidak akan membiarkan Umno selesa untuk berubah. Kalau Umno berubah maka 'susah' lah bagi Pakatan Rakyat untuk mengambilalih negara ini, sempatkah Umno untuk berubah atau Umno memang akan berubah selepas sahaja selesai pilihan raya umum ke 13.
Fikiran anak muda menjadi penentu.
Selepas frust menonggeng dalam PRU12, Umno nampaknya cuba bangkit semula. Hari ini mana-mana bahagian Umno antara stategi yang diperkatakan oleh Ketua-ketua mereka adalah untuk mendekati golongan muda dan tambah ahli parti termasuklah menambah cawangan parti. Dengan tambah ahli dan menambah cawangan Umno akan kembali kuat dan perkasa.
Fikiran anak muda menjadi penentu.
Selepas frust menonggeng dalam PRU12, Umno nampaknya cuba bangkit semula. Hari ini mana-mana bahagian Umno antara stategi yang diperkatakan oleh Ketua-ketua mereka adalah untuk mendekati golongan muda dan tambah ahli parti termasuklah menambah cawangan parti. Dengan tambah ahli dan menambah cawangan Umno akan kembali kuat dan perkasa.
Tidak salah stategi itu. Tambah cawangan bermakna bertambahlah ahli. Ahli yg bertambah sudah tentu menambah kekuatan. Tetapi Umno perlu sedar setelah 61 tahun usia Umno ahlinya tidak lebih dari tiga juta orang. Berapa peratus kalau mahu dibanding dengan jumlah rakyat Malaysia berbangsa Melayu.
Sebelum PRU 12, Umno melalui rakan kongsinya BN Berjaya cemerlang dalam setiap kali pilihan raya umum. Hampir semua kerusi yang dipertandingkan Umno menang gemilang. Tidak kah pemimpin Umno sedar bahawa kemenangan itu bukan kerana undi ahli Umno sahaja. Sebaliknya undi rakyat yang tidak menjadi ahli mana-mana parti. Masakan itupun sukar difahami oleh pemikir-pemikir Umno dan kumpulan-kumpulan ‘think-tank’ Umno.
Hari ini selepas PRU 12, selepas Permatang Pauh dan selepas Kuala Terengganu, Umno terus kekal dengan nada yang sama untuk menambah ahli dan menambah cawangan. Sedangkan Pakatan Rakyat yang bergabung membentuk pembangkang di Negara ini seperti Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP tidaklah ada bahagian partinya disetiap bahagian parlimen seperti Umno.
PKR umpamanya, ahlinya tidak lah seberapa, tetapi pemimpinnya ramai. Ramai dan lantang. Malah disetengah bahagian parlimen PKR langsung tidak ada bahagian partinya apatah lagi cawangan atau rantingnya yang membentuk cawangan seperti Umno. Tetapi menang dan mendapat sokongan dari pengundi berdasarkan keputusan PRU 12.
Namun, seperkara yang Umno lupa dan terlepas pandang tentang kewujudan ‘bahagian-bahagian’ dan ‘cawangan-cawangan’ PKR di dalam internet atas nama blog dan sebagainya bagaikan cendawan di musim hujan. Pembangkang berlumba-lumba menubuh blog sebagai ganti cawangan sedangkan Umno berundur ke belakang dari segi blog.
Ada pemimpin Umno kata orang yang menjadi blogger ini sebagai ‘goblok’, suri rumah yang tidak ada kerja dan sebagainya. Tetapi mereka juga mengakui bahawa kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12 adalah sumbangan terbesar penulis blog yang rata-rata adalah dimiliki dan memiliki simpati kepada pembangkang.
Akhirnya, pemimpin Umno berlumba-lumba tubuh cawangan dan tambah ahli pembangkang berlumba-lumba tubuh blog dan telah berjaya mempengaruhi pemikiran generasi muda macam aku.
No comments:
Post a Comment