
UMNO dan Politik Wang ( bahase mudahnyer RASUAH )...
Insiden penangkapan beberapa ahli UMNO oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia - MACC bersabit dengan rasuah politik memberikan beberapa gambaran yang tidak sehat kepada UMNO dan agensi anti rasuah itu sendiri.
Pertama, kalau hendak ditonjolkan bahawa UMNO begitu serius hendak menangani isu politik wang (rasuah politik) dalam UMNO, penangkapan tersebut hanya melibatkan beberapa ahli UMNO cawangan. Jawatan yang tertinggi yang didakwa terlibat hanyalah seorang Ahli Majlis Tertinggi dan seorang Naib Ketua Bahagian. Dimata masyarakat, ianya masih bertaraf `ikan bilis'. Ahli Majlis Tertinggi itu hanya seorang bekas Setiausaha Politik. Ianya melibatkan wang sejumlah RM200 ke RM500 sahaja...alahai..
Bagi kebanyakan orang, insiden penangkapan tersebut tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa UMNO serius dalam usaha untuk menangani masalah politik wang. MACC juga akan dilihat tidak begitu komited dan serius untuk benar benar berkemampuan menangani masalah rasuah politik dinegara ini. Majoriti rakyat akan hanya menganggap bahawa tindakan tersebut hanyalah melepas batuk ditangga. Tindakan window dressing sahaja. Masih dianggap terlalu kecil bagi sebuah agensi yang bertaraf Suruhanjaya. Amat sukar untuk diyakinkan bahawa hanya setakat itu yang termampu dilakukan oleh MACC untuk mengibarkan bendera MACC sebagai badan anti rasuah yang berwibawa...
UMNO pula akan dilihat sebagai sebuah organisasi besar yang sudah tidak mampu lagi menangani masalahnya sendiri. Mekanisma pengurusan dan pentadbiran UMNO dilihat sudah tidak mampu untuk menangani masalah politik wang didalam parti itu sendiri. MACC terpaksa dipanggil untuk membantu untuk `membetulkan' UMNO. Niat dan hasratnya mungkin baik, namun implikasi dan konsikuennya amat tidak sehat bagi UMNO. UMNO has lost its control and credibility in managing its own party and its members.Cis MrHalu cakap inggeris pulak.
Dari apa yang dilihat dan didengar..apa yang terjadi sebenarnya telah menimbulkan lebih banyak soalan yang sukar dijawab bagi MACC dan UMNO itu sendiri. Adakah UMNO benar benar serius dalam menangani masalah politik wang dan MACC sebagai sebuah agensi yang seharusnya digeruni dan dihormati..setakat itukah sahaja kemampuan mereka dalam usaha untuk menangani masalah rasuah didalam negara ini..
Ini juga membayangkan bukan standard Suruhanjaya setakat nak cekup seorang ahli Majlis Tertinggi yang hanya Naib Ketua Bahagian. Standard Suruhanjaya sepatutnya cekup bapak-bapak jerung. Kalau setakat ikan bilis, tak payahlah naik taraf Suruhanjaya. BPR dulu pun cekup ikan bilis saja...fikir-fikirlah
No comments:
Post a Comment