Apa yang anda simpulkan dari gambar diatas : Adakah ......1. Pembuat dan pemasang iklan yg bodoh macam lembu memberitahu mesej secara direct kepada lembu-lembu supaya jangan masuk kawasannya.
2. Lembu -lembu akan faham dengan arahan tersebut dan tidak akan memasuki sama sekali tempat tersebut.

Sempena Dengan Tahun Baru Cine 2009,Tahun Lembu bagi masyarakat Orang Cina melambangkan kerajinan dan kesetiaan. Tahun Lembu bagi orang Melayu ialah malas buat kerja- malas macam lembu walaupun lembu adalah binatang yang paling banyak berjasa kepada Tamadun Manusia.Sebelum ada jentolak, lembu digunakan di sawah padi. Susu lembu, kulit lembu, daging lembu, hati lembu, tulang lembu, tanduk lembu..semua itu sumbangan lembu pada manusia.
Terdapat juga politician yg lembu yang 'meng-lembu-kan' rakyat Malaysia dengan janji-janji rumput yang segar dengan pembangunan yg pesat sebagai modal kempen tiap kali adanya pilihanraya.
Najib sekarang lebih suka mengikut jejak lembik Pak Lah macam Lembu-sama ada suka tidur lebih, makan banyak, makan sambil termenung...kerana tidak mahu sejarah silam berulang seperti Anwar Ibrahim yang akan dibuang dari kandang dan disembelih seperti lembu kerana melawan bossnye bernama Tuan Chedet.
Sama-samalah kita fahami kata-kata berikut : "KITA AKAN KELIHATAN PANDAI WALAUPUN KITA SEBENARNYA BODOH JIKA KITA DIPIMPIN OLEH ORANG YANG PANDAI. BEGITU JUGA KITA AKAN KELIHATAN BODOH WALAUPUN KITA SEBENARNYA PANDAI JIKA KITA DIPIMPIN ORANG YANG BODOH"
0 comments:
Post a Comment