PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

PRK P36 -Kuala Terengganu milik PAS...Pensiangan pula selepas ini...

Wednesday, January 28, 2009

Lembu Oh Lembu......

Apa yang anda simpulkan dari gambar diatas : Adakah ......

1. Pembuat dan pemasang iklan yg bodoh macam lembu memberitahu mesej secara direct kepada lembu-lembu supaya jangan masuk kawasannya.

2. Lembu -lembu akan faham dengan arahan tersebut dan tidak akan memasuki sama sekali tempat tersebut.




Sempena Dengan Tahun Baru Cine 2009,Tahun Lembu bagi masyarakat Orang Cina melambangkan kerajinan dan kesetiaan. Tahun Lembu bagi orang Melayu ialah malas buat kerja- malas macam lembu walaupun lembu adalah binatang yang paling banyak berjasa kepada Tamadun Manusia.Sebelum ada jentolak, lembu digunakan di sawah padi. Susu lembu, kulit lembu, daging lembu, hati lembu, tulang lembu, tanduk lembu..semua itu sumbangan lembu pada manusia.

Terdapat juga politician yg lembu
yang 'meng-lembu-kan' rakyat Malaysia dengan janji-janji rumput yang segar dengan pembangunan yg pesat sebagai modal kempen tiap kali adanya pilihanraya.
Najib sekarang lebih suka mengikut jejak lembik Pak Lah macam Lembu-sama ada suka tidur lebih, makan banyak, makan sambil termenung...kerana tidak mahu sejarah silam berulang seperti Anwar Ibrahim yang akan dibuang dari kandang dan disembelih seperti lembu kerana melawan bossnye bernama Tuan Chedet.



Sama-samalah kita fahami kata-kata berikut : "KITA AKAN KELIHATAN PANDAI WALAUPUN KITA SEBENARNYA BODOH JIKA KITA DIPIMPIN OLEH ORANG YANG PANDAI. BEGITU JUGA KITA AKAN KELIHATAN BODOH WALAUPUN KITA SEBENARNYA PANDAI JIKA KITA DIPIMPIN ORANG YANG BODOH"

Tuesday, January 27, 2009

BERUBAH SEBELUM DIUBAH...

Cerita 'kalah' dan 'menang' di Kuala Terengganu terus menjadi bualan di mana-mana.Dari rakyat jelata hinggalah kepada pemimpin 'besar-besar' Umno dan seluruh 'tuan-tuan politik' terus memperkatakan tentang isu tersebut. Tun Dr Mahathir juga memberi ulasan yang hampir sama, bahawa Umno perlu berubah jika mahu terus menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Para blogger lain juga memperkatakan perkara yang sama, umno perlu berubah. Sebenarnya, apa yang perlu 'berubah' dan 'diubah' pada batang tubuh Umno itu. Tidak ramai yang tampil memperkatakan 'apa' yang perlu diubah dan 'siapa' yang perlu berubah.

Perkataan berubah menjadi ‘popular’ selepas PRU12. Tambah popular bila Umno (BN) terkena pukulan K.O di Permatang Pauh dan semakin bertambah populariti ‘berubah’ ini bila lagi sekali Umno (BN) kalah di Kuala Terengganu. Sudah tentu perkataan ‘berubah’ itu ditujukan khas untuk UMNO. Rata-rata ahli bawahan UMNO mahu Umno berubah. Sekali lagi kita keliru apa yang perlu berubah pada batang tubuh Umno itu.

‘Berubah’ kepimpinan atau ‘berubah’ pendekatan atau kita mahu ‘berubah’ dari Umno kepada Keadilan. Seperti yang pernah cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri sebelum dihumban keluar oleh UMNO 10 tahun lalu.Yang menuntut UMNO berubah jelas lebih dari ahli Umno itu sendiri. Rata-rata ahli Umno mahu Umno berubah. Mereka bercakap di mana-mana, di Coffee Bean The Mall, di Riverside,di kedai kopi kampung-kampung di majlis perjumpaan dengan calon dan di mana-mana sahaja orang Umno berjumpa, mereka mahukan Umno berubah.

Orang yang bercakap tentang Umno perlu ‘berubah’ lebih popular dari ahli yang bercakap tentang ‘keburukan’ pembangkang dan Pakatan Rakyat. Begitu juga bila ada pemimpin ‘yang agak tinggi’ Umno bercakap tentang Umno perlu berubah, dia lebih diminati. Pencalonan pun jadi lebih tinggi. Menjadi hebat di mata ahli. Kononnya champion di hati ahli.

Kekurangan dan kelemahan pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak dipertikai ahli. Dia ‘elok’ dari segala segi. Dia ‘tak senyum’ pada ahli pun tidak dipeduli kerana dia membawa perubahan bahawa Umno perlu berubah. Pemimpin yang lantang mahu Umno berubah tidak lebih dari sekadar mencari populariti untuk menang dalam pertandingan sedangkan dia juga sedang berjawatan yang membolehkan Umno itu berubah.

Apakah benar, gerakan mahukan Umno berubah itu datangnya dari akar umbi atau ahli Umno terperangkap dengan permainan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat. Kalau sebelum dan selepas PRU12 , hampir seluruh ahli Umno ‘membenci’ Perdana Menteri (Pak Lah).
Pak Lah dilabel berbagai. Segala kekurangan dan keburukan beliau dijaja diserata daerah dan Negara. Dari gambar ‘kuat tido’ hingga ke gambar ‘bermesra’ dengan wanita cantik menjadi jajaan masyarakat terutama Pakatan Blogger.

Ketika itu ahli Umno ‘satu kepala’ dengan Pakatan Rakyat mahukan Pak Lah berundur. Kekalahan hampir teruk dalam PRU12 disalahkan ke bahu Pak Lah. Pak Lah dan ‘kroninya’ mahu disingkir begitu sahaja. Serangan pembangkang terhadap Pak Lah di ‘realisasikan’ oleh ahli Umno bilamana Umno menolak pencalonan Pak Lah dalam pemilihan Mac nanti.

Bila selesai pencalonan bahagian-bahagian dan ternyata Pak Lah akan 'pencen awal' pada Mac ini, serangan buruk terhadap Pak Lah terus terhenti. Pakatan Rakyat tidak lagi berselera untuk menyerang Pak Lah. PRK Kuala Terengganu menjadi saksi dan bukti Pak Lah tidak lagi dicaci dan diherdik.

Ahli Umno juga begitu. Mereka tidak lagi marahkan Pak Lah. Pak Lah tidak lagi disuruh untuk berubah. Kerana mereka tahu nawaitu mereka untuk Pak Lah berundur hampir tercapai. Sebaliknya pembangkang mula menyerang Najib. Setakat ini belum nampak jelas lagi ahli Umno terikut dengan rentak pembangkang menyerang Najib.
Tidakkah lebih mudah ‘meruntuhkan’ Umno dari dalam berbanding menunggu empat tahun lagi untuk Pakatan Rakyat ‘mengubah’ Umno.
Persoalannya sempatkah UMNO berubah?

BILA Umno akan berubah. Selesai sahaja pilihan raya umum ke 12 (PRU12) lalu bila BN kehilangan lima negeri serta ' KL' dan tidak berjaya membentuk dua pertiga di Parlimen, rata-rata seluruh negara bercakap tentang Umno perlu berubah. Tidak lama selepas itu Umno melakukan 'retreat' secara besar-besarkan untuk mengkaji dan muhasabah diri untuk berubah. Hingga sekarang senyap dan sepi. Bila Umno akan berubah lagi.

Baru hendak berubah, Umno sibuk dengan pemilihan peringkat bahagian. Tangguh lagi untuk berubah. Mungkin dah mula nak berubah, datang pula pilihan raya kecil Permatang Pauh, tangguh lagi hendak berubah.
Selepas kalah di Permatang Pauh, Umno sibuk buat 'post-montem'. Tertangguh lagi hendak berubah.
Baru bercadang hendak berubah semula, datang pula pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tak jadi lagi hendak berubah.
Selesai pemilihan bahagian, Pak Lah pulak hendak berundur bulan Mac nanti. Mungkin selepas Mac nanti baru Umno akan berubah.

Apakah mungkin bila selesai Mac,masa pulak perlu diberi kepada Najib untuk melakukan perubahan. Kata orang, 'bagilah sekurang-kurangnya setahun kepada Najib untuk 'menstabilkan' parti dan untuk melakukan perubahan.
Dari tempoh selepas PRU12 hingga Dato Najib jadi Perdana Menteri Mac 09 nanti dah setahun. Kalau diberi tempoh setahun lagi kepada Najib dan jadi dua tahun. Secara logik, pilihan raya umum Ke13 perlu diadakan pada atau sebelum 2012. Tinggal lagi tiga tahun untuk Umno berubah sebelum PRU13.

Dalam tempoh tiga tahun itu belum sempat Umno berubah Umno akan diseret lagi untuk 'delay' perubahan melalui pilihan raya kecil yang dirancang dan terancang. Anwar Ibrahim tidak akan membiarkan Umno selesa untuk berubah. Kalau Umno berubah maka 'susah' lah bagi Pakatan Rakyat untuk mengambilalih negara ini, sempatkah Umno untuk berubah atau Umno memang akan berubah selepas sahaja selesai pilihan raya umum ke 13.
Fikiran anak muda menjadi penentu.

Selepas frust menonggeng dalam PRU12, Umno nampaknya cuba bangkit semula. Hari ini mana-mana bahagian Umno antara stategi yang diperkatakan oleh Ketua-ketua mereka adalah untuk mendekati golongan muda dan tambah ahli parti termasuklah menambah cawangan parti. Dengan tambah ahli dan menambah cawangan Umno akan kembali kuat dan perkasa.
Tidak salah stategi itu. Tambah cawangan bermakna bertambahlah ahli. Ahli yg bertambah sudah tentu menambah kekuatan. Tetapi Umno perlu sedar setelah 61 tahun usia Umno ahlinya tidak lebih dari tiga juta orang. Berapa peratus kalau mahu dibanding dengan jumlah rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Sebelum PRU 12, Umno melalui rakan kongsinya BN Berjaya cemerlang dalam setiap kali pilihan raya umum. Hampir semua kerusi yang dipertandingkan Umno menang gemilang. Tidak kah pemimpin Umno sedar bahawa kemenangan itu bukan kerana undi ahli Umno sahaja. Sebaliknya undi rakyat yang tidak menjadi ahli mana-mana parti. Masakan itupun sukar difahami oleh pemikir-pemikir Umno dan kumpulan-kumpulan ‘think-tank’ Umno.

Hari ini selepas PRU 12, selepas Permatang Pauh dan selepas Kuala Terengganu, Umno terus kekal dengan nada yang sama untuk menambah ahli dan menambah cawangan. Sedangkan Pakatan Rakyat yang bergabung membentuk pembangkang di Negara ini seperti Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP tidaklah ada bahagian partinya disetiap bahagian parlimen seperti Umno.
PKR umpamanya, ahlinya tidak lah seberapa, tetapi pemimpinnya ramai. Ramai dan lantang. Malah disetengah bahagian parlimen PKR langsung tidak ada bahagian partinya apatah lagi cawangan atau rantingnya yang membentuk cawangan seperti Umno. Tetapi menang dan mendapat sokongan dari pengundi berdasarkan keputusan PRU 12.

Namun, seperkara yang Umno lupa dan terlepas pandang tentang kewujudan ‘bahagian-bahagian’ dan ‘cawangan-cawangan’ PKR di dalam internet atas nama blog dan sebagainya bagaikan cendawan di musim hujan. Pembangkang berlumba-lumba menubuh blog sebagai ganti cawangan sedangkan Umno berundur ke belakang dari segi blog.

Ada pemimpin Umno kata orang yang menjadi blogger ini sebagai ‘goblok’, suri rumah yang tidak ada kerja dan sebagainya. Tetapi mereka juga mengakui bahawa kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12 adalah sumbangan terbesar penulis blog yang rata-rata adalah dimiliki dan memiliki simpati kepada pembangkang.
Akhirnya, pemimpin Umno berlumba-lumba tubuh cawangan dan tambah ahli pembangkang berlumba-lumba tubuh blog dan telah berjaya mempengaruhi pemikiran generasi muda macam aku.

Hanya IKAN BILIS....




UMNO dan Politik Wang ( bahase mudahnyer RASUAH )...
Insiden penangkapan beberapa ahli UMNO oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia - MACC bersabit dengan rasuah politik memberikan beberapa gambaran yang tidak sehat kepada UMNO dan agensi anti rasuah itu sendiri.

Pertama, kalau hendak ditonjolkan bahawa UMNO begitu serius hendak menangani isu politik wang (rasuah politik) dalam UMNO, penangkapan tersebut hanya melibatkan beberapa ahli UMNO cawangan. Jawatan yang tertinggi yang didakwa terlibat hanyalah seorang Ahli Majlis Tertinggi dan seorang Naib Ketua Bahagian. Dimata masyarakat, ianya masih bertaraf `ikan bilis'. Ahli Majlis Tertinggi itu hanya seorang bekas Setiausaha Politik. Ianya melibatkan wang sejumlah RM200 ke RM500 sahaja...alahai..

Bagi kebanyakan orang, insiden penangkapan tersebut tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa UMNO serius dalam usaha untuk menangani masalah politik wang. MACC juga akan dilihat tidak begitu komited dan serius untuk benar benar berkemampuan menangani masalah rasuah politik dinegara ini. Majoriti rakyat akan hanya menganggap bahawa tindakan tersebut hanyalah melepas batuk ditangga. Tindakan window dressing sahaja. Masih dianggap terlalu kecil bagi sebuah agensi yang bertaraf Suruhanjaya. Amat sukar untuk diyakinkan bahawa hanya setakat itu yang termampu dilakukan oleh MACC untuk mengibarkan bendera MACC sebagai badan anti rasuah yang berwibawa...

UMNO pula akan dilihat sebagai sebuah organisasi besar yang sudah tidak mampu lagi menangani masalahnya sendiri. Mekanisma pengurusan dan pentadbiran UMNO dilihat sudah tidak mampu untuk menangani masalah politik wang didalam parti itu sendiri. MACC terpaksa dipanggil untuk membantu untuk `membetulkan' UMNO. Niat dan hasratnya mungkin baik, namun implikasi dan konsikuennya amat tidak sehat bagi UMNO. UMNO has lost its control and credibility in managing its own party and its members.Cis MrHalu cakap inggeris pulak.

Dari apa yang dilihat dan didengar..apa yang terjadi sebenarnya telah menimbulkan lebih banyak soalan yang sukar dijawab bagi MACC dan UMNO itu sendiri. Adakah UMNO benar benar serius dalam menangani masalah politik wang dan MACC sebagai sebuah agensi yang seharusnya digeruni dan dihormati..setakat itukah sahaja kemampuan mereka dalam usaha untuk menangani masalah rasuah didalam negara ini..

Ini juga membayangkan bukan standard Suruhanjaya setakat nak cekup seorang ahli Majlis Tertinggi yang hanya Naib Ketua Bahagian. Standard Suruhanjaya sepatutnya cekup bapak-bapak jerung. Kalau setakat ikan bilis, tak payahlah naik taraf Suruhanjaya. BPR dulu pun cekup ikan bilis saja...fikir-fikirlah

Bila Kain Terselak ....

MUHASABAH KUALA TERENGGANU

1. Saya tersenyum mendengar cerita kawan yang bermastautin 30 hari di KT untuk menjayakan proses demokrasi di Malaysia. Dia ni peminat pilihanraya kecil. Kalau ada PRK tentunya dia akan bawa tikar bantal ke tempat pilihanraya tu. Dok di surau atau masjid dah jadi resepi dia dalam PRK.

2. Situasi 1 – A adalah Ketua Bahagian yang menang tanpa bertanding, seorang Timbalan Menteri, seorang Senator. Dia seorang yang bersih, tak ada skandal sex, tak de skandal gay, tak de skandal rasuah, tak de salah guna kuasa. Dia ni boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Ibunya ustazah, bapanya D.O. Anak Datuk. Kalau ada PRK macam di KT adakah si A akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

3. Situasi 2 - B pula bekas wakil rakyat (ADUN) dan bekas Ketua Bahagian. Sekarang si B adalah seorang Senator dan Bendahari negeri. Dia pun teringin gak nak jadi Timbalan Menteri. Al maklumlah ada 2 kerusi Timbalan Menteri dah pun kosong. Kalau ada PRK macam di KT adakah si B akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

4. Situasi 3 – C pula bekas ketua pemuda Bahagian, bekas Ketua Pemuda Negeri, bekas Exco Pemuda Pusat, sekarang pulak jadi Ketua Penerangan Negeri. C tak de cita-cita lain, cuma dia geram kerana cubaan nya nak bertanding ketua Bahagian tak kesampaian. Pencalonan tak cukup. Sebab kena sekat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si C akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

5. Situasi 4 - D pula ketua Puteri Bahagian, Ketua Puteri Negeri, bekas Senator, bekas calon DUN tapi kalah. Calon Naib Ketua Puteri Pusat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si D akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

6. Situasi 5 - E pula bukan orang politik, dia pegawai tinggi kerajaan. Dia rapat dengan rakyat kerana dia ‘ahli yang berkhidmat’ selaku sekutu rapat kepada yang berhormat yang terpaksa bermastautin di Kuala Lumpur kerana tugas. Kalau ada PRK macam di KT adakah si E akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

7. Ini lah realiti di KT. Tentunya amat mustahil mana-mana calon BN boleh menang. Rumahtangga tengah kucar-kacir beb, tak mungkin rezeki akan masuk rumah. Memang free-free Pas menang. Letak A atau B atau C atau D atau E ke, tentu kalah. Kesemua mereka ni bukan kecil anak, mereka adalah pemimpin yang punya potensi yang sangat besar, network mereka atas dan bawah.

8. Yang UMNO tak ada diperingkat pimpinan bahagian dan cawangan adalah unity. Unity atau perpaduan adalah perkara nombor wahid untuk menang dalam peperangan. Kalau unity tak ada, membazirlah, umpama tuang RM atas daun keladi lah. Duit segunung pun boleh jadi lembah.

9. Selain Unity, yang keduanya adalah mengenai tanggungjawab dalam kepimpinan. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah Taqlif dan bukannya Tasrif. Kepimpinan itu adalah pertanggungjawaban dan bukannya barang kemewahan. Pemimpin UMNO berlagak sungguh, khalayak tengok sangat memualkan.

10. Perkara ketiga adalah tentang demokrasi dalam UMNO. Ramai pemimpin kita kabur tentang demokrasi lantaran akhirnya tidak terdaya menerima hakikat kekalahan. Jauh sekali untuk punyai semangat ‘biduk berlalu kiambang bertaut’. Yang menang pulak terus sombong dan bermewah-mewahan. Yang terlaksana adalah, semangat ‘siapa menang dapat semua, siapa kalah hilang semua’.

11. Kalau gini lah gayanya, jika ada 1000 PRK, BN akan kalah dalam 1000 PRK. Mungkinkah Trengganu akan jadi macam Kelantan pada PRU 13 nanti?. Tak mustahil, jikalau kemelut kepimpinan ini terus menghantui UMNO Terengganu. DS Najib, jangan cakap je; BUAT, LAKUKAN TRANFORMASI DALAM UMNO.

Pengajaran Bagi UMNO setelah PRU K.Terengganu ,secara ringkas sbg :

1. Pembangunan – so jangan guna lagi politik pembangunan, waktu ada PRK baru tulah jalan nak tar.

2. Pemimpin yang sombong – cikgu sekolah pun tak aper, asalkan tak sombong. Jangan jengok khalayak waktu nak undi saja.

3. Jentera yang banyak – orang meluat tengok jentera yang datang berduyun-duyun.

4. Di hayak kehulu dan kehilir waktu berkempen – jangan paksa khalayak datang untuk mendengar ucapan Pak Menteri.

5. Cari penceramah yang berkesan - Jangan bagi ucapan dengan teks yang telah disediakan. Bosan lah tengok Pak Menteri baca teks.

6. Jadi lah pejuang rakyat ketika berkempen– khalayak nak tengok pendekar, bukan pondan tua.

7. Khalayak nak calon yang bersih, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa - ini serius, jangan main-main.

Palestine Solidarity Night - Anwar Ibrahim

Sunday, January 25, 2009

Gong Xi Fa Chai to my Chinese friends

Gong Xi Fa Chai to my Chinese friends. Today will be last working day for most of us. Ramai yang cuti panjang. Ada yang sampai 1 minggu.

So, aku nak wish selamat bercuti kepada semua orang...

To Chinese friends...


Bersempena kegawatan ekonomi maka dgn ini jumlah limau yang sampai ke opis telah berkurangan berbeza dgn tahun-tahun sebelumnyer . Hamper lagi la xder . Hampeh tul!

Pemimpin Taraf Pariah. Bangsat Idea. Idiot - By Kerajaan Rakyat

By: Kerajaan rakyat

Mamat ni baru nak belajar berkokok. Bebal macam lembu. Yang satu lagi sudah ‘andropause’ @ expired

Hello Mat Gerak, nak tanya sikit. Berapa banyak fulus lu dapat kerja sebagai barua?. 46 ekor lembu untuk rakyat, itu yang engkau nak risaukan. Gilalah kau Mat Gerak. Rasuah Rahim Thamby Chik, rasuah Nazri Aziz- kes premit texsi, rasuah Rafiah Aziz - hal AP kenapa kau tak bongkar? Duit kerajaan negeri lesap di Terengganu dikebas oleh Kroni Abdullah dan family, duit konsesi balak berbillion ringgit di Pahang di rembat oleh menteri besar umno di pahang kenapa engkau jadi bacul tidak berani nak bersuara?

Sama je pengerusi GERAK dulu dan sekarang, takde bola punya jantan. Kerajaan Rakyat cabar lu kalau benar bermaruah dan lelaki yang ada kejantanan, sila selongkar sehingga keakar umbi kes rasuah Mahathir Mohammad semasa dia menjawat jawatan perdana menteri dan kes rasuah Tun Khalil Yaakob (sekarang TYT negeri Melaka) semasa dia menjawat jawatan menteri besar Pahang. Bongkar kes rasuah berbillion ringgit yang dilakukan oleh seorang India bernama Samy Vello semasa dia menjadi menteri kerja raya. Kalau GERAK tidak berani dan gagal membongkar penyelewengan ini, lu serupa Ezam Mat No. Kucing kurap punya pertubuhan, taik kucing punya pengerusi. Najis. Tuiiiiii

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Kalau setakat buat persatuan/pertubuhan untuk jadi pengerusi dan cari glamour, sudahlah beb. Lupakan. Matlamatnya kusam, perjuangannya macam b**i, menyondol sana, menyondol sini. Paria punya pemimpin.


p/s-"Buat amal bg lembu kat rakyat pun kena tuduh rasuah jugak??" makin pelik Gerak ni , dapat liputan meluas TV3 pulak tu..undang2 pilih kasih...yg songlap berbilion terlepas bebas pulak ye??"

KONSERT SEPARUH BOGEL RIHANNA LULUS!!!?



KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran kensert Rihanna yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: “Mereka (Dewan Pemuda PAS) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian.”

“Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini, hari ini. BERNAMA


" Kita perlu membenarkan rakyat mendapat akses untuk itu"-Datuk Mohd Shafie Apdal

MENterI Haprak lagi hampeH...HANCUSSS

ADUN BOTA KELUAR UMNO- (PERAK : PAKATAN RAKYAT 32 - BN - 27 )

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai KeADILan hari ini.

Berikut adalah teks kenyataan media Nasarudin :-

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak

Monday, January 19, 2009

Orang pompuan takut undi PAS??

Dalam tulisannya bertajuk "Light and darkness: Reflections on KT" yang disiarkan Malaysiakini hari ini, kesimpulan dari analisis pakar Asia Tenggara di Universiti John Hopkins menyatakan:

1. PAS tak dapat undi Cina. Ramai yang takut tindak balas jika tak undi Barisan Nasional (BN). Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dan DAP pulak balik awal. Depa ingat dah pung-pang pung-pang kat tempat Cina tu, kerja dah selesai dan niat dah tercapai. Last-last bersepai.

2. Dari pengundi Melayu pula, majoriti yang undi PAS adalah pengundi muda. BN mungkin kehilangan pengkalan masa depannya.

3. Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang pompuan, terutama di pusat bandar, takut kat PAS (kenapa tu?)

4. Kakitangan kerajaan, walaupun tak berani bukak mulut, banyak yang undi PAS.Diam-diam diorang sokong PAS.

5. Najib kini tidak kelihatan mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.

6. SPR dan polis kini lebih professional.

Album PRK P36 2009


























Secara turutan apabila tiga kali berlaku , yakni PRU Mac 2008,Permatang oauh Ogos 2008 dan K.Terengganu Januari 2009, bermakna ini adalah 'A TREND '.Bukan hanya 'a trend' rakyat benci dan meluat dengan UMNO/BN.Bukan juga hanya ' a trend' rakyat mula mempercayai akan PAS/PR. TETAPI YANG AMAT PENTING IA ADALAH 'TREND' PERUBAHAN PARADIGMA MINDA DAN KEMAHUAN RAKYAT.

APA KATA MEREKA?





"Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan dan mencerminkan mood politik negara "
- DS Anwar Ibrahim.

"Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun, akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika ia terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup. Kekalahan BN dianggap sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi . "
-mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

"Pilihan raya Kuala Terengganu menjadi simbol dapat merapatkan lagi hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Biar pun pihak lawan dengan bantuan media cuba memburukkan imej PAS dan DAP namun ia nampaknya tidak menjadi kenyataan. Malah hubungan silaturahim Pakatan Rakyat kini semakin erat"
- Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua

"Kejayaan itu membuktikan rakyat Kuala Terengganu kini semakin menerima pimpinan Islam di bawah PAS.
Rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku sekarang dan mereka mengharap perubahan selepas bakal diketengahkan Pakatan Rakyat melalui PAS. Ini juga membuktikan semangat Permatang Pauh dan Mac 2008 masih kekal dan menjadi harapan besar kepada rakyat untuk melihat perubahan politik berlaku di negara ini,"- Tim. Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia,"
-veteran DAP Lim Kit Siang.

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat,Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya. Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat.
Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang .
Saya tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepada saya untuk mengambil alih pemerintahan dari perdana menteri sekarang"
-TPM NAJIB

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin.Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa,"
-Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Terima kasih kepada pengundi Cina di Kuala Terengganu yang kekal menyokong MCA dalam pilihanraya kecil hari ini. Walaupun keputusan pilihanraya kecil hari ini tidak memihak kepada BN, tetapi beliau tetap berterima kasih kepada pengundi Cina yang kekal bersama MCA "dalam waktu yang sukar ini"
-Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat.


“Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti. Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang"- Tim. Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaludin

Saturday, January 17, 2009

Pas Rampas Kerusi Kuala Terengganu ..



Penolong Pengurus Pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu telah mengumumkan secara rasmi Mohd Abdul Wahid Endut, 52 telah dipilih sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi menewaskan Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperolehi 30,252 undi dan calon bebas Azaharuddin Mamat mendapat 193 undi.

Abdul Wahid menang dengan majoriti besar dengan 2,631 undi. Peratus keluar mengundi ialah 79.09% manakalan undi ditolak 665 undi.

Tahniah diucapkan kepada Abdul Wahid!BN sekali lagi dikalahkan oleh rakyat. Selepas ini di mana pulak BN akan kalah...??

Thursday, January 15, 2009

Gambar perhimpunan 'Bantah & Laknat Yahudi "











Kenapa mesti boikot Coca-Cola ?

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100% .


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis! kat rumah.


Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Pemilik Tesco juga Yahudi???

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England .

Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen. [rujukan wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_(Tesco) ]

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat “search” di internet dengan menaip “Tesco Jewish” dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

*** diterima dan di edit dari sisipan email

***Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia tidak mengira Islam, Buddha, Kristian dan Hindu yang cintakan keamanan untuk sama sama memboikot Pasaraya Besar TESCO. Masih banyak tempat lain untuk kita membeli keperluan harian.

Barangan yg menjana Ekonomi Israel

Saturday, January 10, 2009

Boikot Barangan Israel!!




Boikot Barangan Israel!! Boycott Israel




Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai
kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk
buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di
seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata
orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita
telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger
King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.


Menurut
pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang
mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada
orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk
mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah
pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka
melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?


Wahai
manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi?
Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam
hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi
bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi
mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup
konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.


Saya
bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda
semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas
itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr
al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda
semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya
bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad
al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.


Apakah
akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan
untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk
mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka
telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela
membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi
keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.


Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia
Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan
persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar
kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi,

Gambar menarik 'Penamaan calon PRK P36-Kuala Terengganu"




Calon PAS, YB Ab. Wahid Endut








































































































































































Gambar-gambar yg tidak akn keluar di dlm Berita Harian / Utusan M'sia

Masalah rakyat M'sia sebenarnya APA??

Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah
mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja , harga getah
dan sawit merudum jatuh , harga barang naik ? Atau mereka akan jawab ladang
babi berhampiran rumah mereka , papan tanda jalan pelbagai bahasa depan
rumah mereka , mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik
media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa
menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh.

Sedangkan banyak isu lain yang lebih besar.

Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak
beri nafkah , suami mereka gila perempuan , suami mereka gila judi

Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik
, elaun dipotong , harga getah turun.

Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak
buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran , tak mampu nak bayar
tambang bas.

Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik ,
anak perempuan mereka selalu keluar malam , anak lelaki mereka sudah mula
berjinak dengan dadah.

Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli
terbengkalai , pinjaman bank perlu dibayar , duit sewa rumah juga perlu
dibayar.

Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin
meningkat , kes rogol makin meningkat , kes macam-macam lagilah.

Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah
solat semakin berkurangan , kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.

Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan
bayi semakin banyak , kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.

Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ?
Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu
mesti dipertahankan , lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan
macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.

Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.

Saturday, January 3, 2009

Imbas kembali Fakta PRU 13 P36 yg lalu.


  • P36 Kuala Terengganu mempunyai 4 DUN. Daripada 4 DUN tersebut 3 DUN dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangani BN (MCA)

  • DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (YB Mohd. Abdul Wahid Endut), Ladang (YB Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (YB Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

  • DUN tunggal dimenangi BN (MCA) ialah Bandar (YB Toh Chin Yaw)

  • Walaupun 3 daripada 4 DUN dimenangi oleh PAS namun ia gagal membantu memenangkan calon PAS bagi kerusi parlimen P36, Mohamad Sabu.

  • Malah calon bebas yang berstatus nenek, Maimun Yusuf mendapat 685 undi. Klik disini pengistiharan calon oleh Presiden PAS Ust. Hadi Awang >>> http://www.youtube.com/watch?v=hfSFfFrDLiY

Runtuhnya Daulah Khilafah 1924

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam”.

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah.

Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

“Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku.

(Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

“Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam” - (al-Anbiya’ 21:107)




Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad.

Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri.


Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear (Perang Iraq-AS, COMES: 2003).

Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. (Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001).

Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! (100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe). Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga barang dan infalsi meninggi baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit lagi terhimpit mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya?

Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin??

Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Hanya mementingkan tembolok diri dan suku sakat keluarga. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.

Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan.

Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk ‘dipelajari’ bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja (’ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara ’super power’ AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?

Gambaran pemikiran umat Islam hari ini

Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar.

Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.

Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.


Kewajiban mendirikan Khilafah

Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan ‘hidup dan mati’ yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu…” - (an-Nisa’ 4:59)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud; “Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah” – (HR Muslim).

Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai’at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai’at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai’at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.

Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah. Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” (HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah).

Jalan untuk mendirikan semula Khilafah

Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara’ yang berbunyi; “Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara’. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam.

Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.

“Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya”

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!